Pages

HATIKU DI SINI ..

sabar tau .. moderate story .. coming soon .. keep in touch with my cerpen HATIKU DI SINI okey .. thnks for supporting :) ...
gorgeous fingertip 
Fa FiQa
*********************************************************


PART 1 ..

"farina !!! "
YA ALLAH terkejut aku dek laungan dari cikgu matematik ku.
"ye..ye cikgu .. " jawabku dalam nada getar.
"hah! jawablah soalan sy! apa termenung lagi ?" bentak cikgu huda.
"aaaa...ape soalanye cikgu ???" tanyaku dengan nada bingung..mengundang tawa kawan sekelas ku.
"awak ni fai!!selalu mengelamun.awak ada masalah ke?? kalau ada masalah tinggalkan di luar.ini dalam kelas tumpukan perhatian!!" marah cikgu huda.
"sekali lagi awak mngelamun dalam kelas saya, saya denda awak baca sifir dengan gaya orang jual aiskrim!" sambung cikgu huda lagi.
"hah! taknak aku baca sifir macam tu!! kena pegang loceng bunyikan lepas tu baca sifir gaya orang jual aiskrim..taknak!! malu!!"
"fai !!"
"hah! YA ALLAH nini ..terkejut aku"
"kau ni kenapa ?? asyik mngelamun je.tak baguslah."
"hahaha..pandai je kau berangan tu tak bagus"
"fai kau ......
Farina..itulah nama aku. Fai?? nama gelaran yang aku dapat dari cikgu matematik aku, cikgu huda. Mentang-mentang ajar matematik, Fai dia bg nama aku, dah mcm no 5 dalam bhse inggeris bunyinya. Geli hati imbas zaman kanak2 dulu.
"fai !! aku betul2 sakit hati dengan kau kali ni." marah nini.
"kenapa kau ni nini?? dah macam orang kena sampuk? " bentak aku.
"kau tu !! baru je kjap aku tegur kau, kau dah mengelamun balik. penat aku story2 dengan kau !! kau bukan nak dengar .." rajuk nini.
"Lah..yeke ?? maaflah..aku mcm teringat sesuatu..tu yang aku mngelamun..hehe..maaf tau.."jelasku kpd nini.
"Eleh..kau punya cakap tu zero !! dah memang kau tu kuat berangan ! kan3 ..haha .. apa yang kau berngankan sebenar nya ?? ce cter.. ce cter .." ajuk nini dah macam kak Limah gamak nya.
"tak ade La.. aku teringat mcm mane aku boleh dapat nama fai ni. Bila kenangkan balik rasa kelakar sgt. Its a simple excident and i got that name untiL now. Nonsense betul."
"Tiap2 kali aku tanya kau.. apa yang kau berangankan, tulah jawapan kau. Fai, aku kenal kau taklah lama, dari kita baru jejakkan kaki kat kolej ni sampai dah sem yang keempat ni.. Lamalah juga.. hahahahaa.. tapi setiap kali aku tanya, itu je jawapan kau. Aku tahu dalam berjuta kali kau berangan tu, sekali dua je kau terkenangkan sejarah FAI kau tu..hahahaha, selebihnya mesti kau berangankan.....
"nini..."sapaku lembut, memotong bicara nini.
"enoughla. aku taknak cerita pasal tu lagi. Aku redha nini."
"sudahlah fai. Jangan ikutkan hati sangat, aku kesiankan kau. Sebenarnya fai ....
sebelum sempat nini menyudahkan kata2nya..
"Entahlah nini, selagi aku boleh tahan, aku tahan. Terima kasih sebab concern..." jawabku.

GORGEOUS FINGERTIP : apa sebenarnya yg terjadi? Nantikan sambungan nya.
********************************************************
PART 2 

menjejak sesuatu yang belum pasti kadang ada manisnya, tapi kadangnya pahit yg lebih terasa. Mengulum senyum dalam terpaksa, bukan sesuatu yang mudah. Menutupi sesuatu yg memang terzahir dari batin, rasanye seperti menelan guli berlaukkan batu, masuk melalui rongga mulut membawa ke dada kemudian nya bagai tersekat di situ. Rasa seperti ign di letupkan dada biar terburai segala isinya. Semuanya hanya kerana untuk sebuah senyuman yg indah dan ikhlas. Kegembiraan yg dulu ada di sini, entah ke mana hilangnya. Salah akukah? yg terlalu mengharapkan sesuatu seindah mutiara darinya. Sudahlah hati !! jangan kau sakiti dirimu sendiri...Biarlah darah merah yg mengalir di situ membawa pergi segalanya. Ahh !! otak pula mengizinkan ia terjadi. Cukuplah terjahan yg jadi. Tak mampu aku tanggung lagi. Seraut wajahnya, segaris senyum nya benar-benar menjadi kebahagiaanku kini. Sayang! semuanya bukan milikku. Ya ALLAH, bantulah aku, apa sudah jadi dengan hatiku? Ya ALLAH, satukanlah hatinya dengan hatiku, biarlah kami berjauhan cukup sekadar hati ini merasa nikmat cinta bersama kepada-MU.
"Fai, buat apa tu ? bermadah lagi ? kenapa kau tak hantar je semua yg kau karang tu kat majalah ke, surat khabar ke? "
"Aku bukan taknak nini..aku xberniat pun nak jadikan bidang penulisan ni sbg kerjaya. Lagipun apa yg aku karang, lebih kepada apa yang aku rasa. Aku tak tahu mcm mane nk luahkan. Ni je cara yg aku ada selain dari mengadu pada ALLAH ".
"Amboi ! panjang berjela ceramah mak ngah."
" Nini kau pergi kelas petang ni? "
" Aku pergi. Kau ? kelas kau pukul berapa ? "
" kejap lagi. Aku siap2 dulu tau. "
" Oryte dear. Aja2 fighting !! "
Aku dan nini dah lama sangat berkawan. Sejak kami mula2 menjejakkan kaki di kolej ni. Mulanya aku mendaftar di kolej ni aku seorang (sebatang kara) hahahahahha ... daftar je terus orientasi. Macam mana kolej boleh bagi surat tawaran, tarikh masuk lewat sehari dari yang lain2. Malu tau. Masuk2 orang dah orientasi, takde kawan. Hmmmm ....Masuk kolej ibu n abah yang hantar. Adik2 pun tak ikut sebab semua sekolah hari tu. Siap2 mendaftar ibu n abah juga hantar pegi asrama lepas tu balik semula ke kolej sebab nak orintasi kan. Bosan. Hari pertama, ok la. Semua memang ok. Tapi aku? aku ikut2 orang je. Tak ada kawan. sedih ! finally pegi makan sorg2. Rasa mcm nak nangis pun ada. Ahh ! gembeng. tengah makan pun nak nangis, sebab nya makan sorang2. Tu nak buat lawak boleh la. Makan sambil menangis.hahaha...Tengah2 berangan ni la nini datang tegur aku. So start that day aku kawan dengan nini. yang paling best, nini rupa2 nya satu group dengan aku masa orientasi ni, boleh aku xperasan. Yelah perasaan je lebih. Hahahaahhaa...So hari2 orinentasi aku dgn nini sahaja. Agak best la juga, at least xde la nak makan sambil menangis lagi, hahahaha...
"Assalamualaikum..nini..."
"Waalaikumussalam. Eah kau dah balik ? awalnye. Bukan selalu kelas kau hari selasa habis lambat ke ? "
"Yer. Tapi Lecturer cancelkan kelas. Aku baliklah. "
"Fai..weekend kau balik kampung tak ? aku nak balik. Tapi membe2 rumah kita semua balik. Takkan aku nak tinggalkan kau sorang2. "
"Laaa..tak apela nini. kau balik aje. Aku ok je kot sorang2 pon"
"kau ikut aku balik nak? mak aku mesti suka."
"tak payahlah nini. Nanti ibu aku bising pulak. Rumah kau aku pergi. kampung, aku tak balik."
"Habis takkan kau nak duduk rumah sorang2 ? baliklah fai...Kesian kat ibu dengan abah kau."
"tak ape la nini. Diaorang faham. Selagi xcuti sem, aku takkan jejak kaki kat rumah tu"
"Fai..Sampai bila kau nak lari mcm ni ?"
"Entahlah nini..Aku rasa ini je cara untuk aku tahan apa yg ada dalam hati aku"
"Fai..Terimalah kenyataan..."
"Nini..aku tak pernah salahkan takdir, apatah lagi ibu dan abah aku. Dan ini qada' dan qadar hidup aku. Aku tak pernah tolak. Tapi buat masa ni biarlah aku tak jumpa dgn dia dulu."
"Fai..kau masih sayangkan dia lagi ?"
"Bukan senang aku nak terima hakikat, lebih2 lagi apa yang dah terjadi antara kami."
"Belajarlah terima hakikat babe..Dia abg kau. saudara susuan kau."

"abg iq...abg iq...sinilah! asyik termenung je. Nak jadi fai ke asyik berangan je?"
"tak adelah. Taknak abg berangan mcm fai. Bukan dapat kahwin dengan anak raja pun. Kalau dapat, nak juga abg berangan mcm fai. Ni fai berangan2, last2 nak nikah dgn abg juga. Hahahahhaa.."
"Oh..Gelak besar yer abg iq. Pukul nanti tahulah."
"Fai tak kisah ke kena nikah dgn abg iq ?"
"Abg iq...fai sygkan abg iq tau. Abg iq jaga fai dari kecil sampai sekarang. tak ade orang boleh jaga fai macam abg iq jaga tau. selain ibu, abah dan abg iq.. fai tak rasa orang lain boleh ganti tempat korang."
"Fai cintakan abg iq ?"

"fai ! kau igtkan abg iq ke ?"
"eah nini..kau dah mandi ke?"
"Iyela..yg kau ni knp dari td dekat tikar sejadah tu? Kau doa susu yang abg iq minum tu hilang dari badan dia ke?"
"Kalau boleh nini. Apalah kau ni. Tak baik tau cakap macam tu. Cuba kau doakan aku biar tenang dan lapang hati ni nak terima hakikat."
Tiba-tiba lagu 'Girls in the window' nyanyian bruno mars berkumandang dari hp aku. Ye! itu nada dering hp aku. Tapi...
"Fai..tu bukan nada dering khas utk abg iq ke?? abg iq call kau !!"
Kami berdua berpandangan ...

gorgeous fingertip : Hendak ku tangis tak berair mata..Hendak ku tawa tiada ukiran nya...
*********************************************************
PART 3 

Kemilau cinta yang dulu seperti silaunya permata kini hancur berderai seperti serpihan kaca. Tambah parah kini terluka dek serpihan, silau sudah mata kerana panahan permata yg sudah menjadi kaca.
"Terima kasih fai, sebab bahagiakan abg iq "
"Abg.. Fai ada kekurangan dan kelebihan begitu juga abg, makanya kita hidup utk saling melengkapi. "
Akhirnya aku sah menjadi pasangan hidup abg iq. Dialah rusuk yg selama ini aku cari. Alhamdulillah cinta yg kami semai membuahkan hasil. Ops .. hasilnya sebuah perkahwinan bukan baby .. belum ada baby lagi. Tamat peperiksaan SPM, aku dilamar abg iq, aku tak fikir panjang tentang lamaran abg iq aku terus terima. Sememangnya dari kecil aku bersama dengan abg iq. Keluarga aku sendiri pun dah kenal sangat dengan hati budi abg iq. Abg iq ade juga cakap, abg iq izinkan aku untuk teruskan pelajaran aku walaupun dah sah menjadi isterinya. Tamat sahaja peperiksaan SPM. termeterailah janji anak2 adam, mengikat kasih mempatri janji. Hidup aku dan abg iq semakin hari semakin lancar. Setiap hari kami mengenali dan belajar cara hidup masing2. Sememangnya kami tidak mengalami kesukaran kerana dari kecil dah dibesarkan bersama. Seronok? semestinya! kalau tahu macam ni punya seronok, lahir ke dunia aku terus nak dinikahkan. Hehehehe..agak nakal statement tu. Mana tidaknya, aku ditatang bagai minyak yg penuh oleh abg iq, dulu adik sekarang isteri, lagilah bertambah-tambah sayangnya abg iq pada aku.
"Fai.. "
"Yeee...ade ape B ?"
"Syg tgh wtpe?"
"Masaklah kat dapur B. Tengah2 hari mcm ni syg nak buat ape lagi.."
"Aikk..moody nye..datang bulan ke syg?"
"Abg iq ni knp? Fai nak msk ni..mangade-ngade la pangil2 fai..kalau tak ada ape2 tak payah la panggil2 !"
"Eah2..kenapa ni syg..hmm ?? marah yee.. B ade sesuatu utk syg B ni..ehem2..sukacitanya memaklumkan farina azrina bt azmi diterima masuk..."
"Hah!! yes2 !! dapat sambung belajar kan?"
"Ooh..suka heh nak tinggalkan B. Sampai hati."
"Alah B ni..Syg belajar bukan lama, degree kan..4 tahun jee.."
"Ala syg..tak payahlah pegi..Syg nak ke nanti belajar perut memboyot je? Syg duduk dengan B jela. Nak belajar pun nak buat apa? B keje ni dah cukup nak tampung kita. Kalau ada anak 1 team bola sepak pun duit yg ada ni makan tak habis tau syg.."
"Alhamdulillah dgn rezeki yg ALLAH bg tu..tapi hubby ku syg..awak bercakap mcm xde esok, lusa, tulat dan seterusnya kan..abg tu bukan selamanya hidup..esok lusa abg mungkin tinggalkan fai..kalau masa tu..."
"Abg.."
"Nanti bg syg abis ckp dulu ye B. Kalau masa tu abg tinggalkan fai sorang2..xpela..kalau B tinggalkan syg dgn 1 team bola sepak..mcm mne? ce fikir..ce fikir.."
"Harta B kan bnyk syg..."
"Eah B ni .. sekelip mata je semua boleh hilang or habis tau"
"Syg b ni yg boros..sebab tu habis"
"B ni mcm budak2 tau..dulu iye2 je cakap nak bg syg sambung belajar."
"Alah2..dah buat muka pulak dia. Tak sempat kita nak merajuk..dia dah mintak pujuk..tak comel la syg buat muka mcm tu"
"Tak comel pun isteri B jg..bakal ibu kpd ank B yg 1 team bola sepak tu..."
sambil mengelus-elus rambutku..nak mngambil hati lagaknya.
"hahahahaha..dah pandai buat lawak syg B ni ..B bukan apa syg..selagi B boleh jaga syg. Biarlah B jaga."
"B jgn risaukan syg..Syg sambung belajar kan utk masa depan syg juga. Bukan nak tinggalkan B."
"Yelah tu. Nanti kat sana dah jumpa lecturer2 hidung tinggi..habis tinggal B sorg2 kat sini."
"Hahahaha..kan B ckp syg xcomel. So no need to worry my dear prince."
Sememangnya aku taklah secantik model2 antarabangsa yg ada di muka bumi ni. Tapi, selayaknya suami, abg iq mesti risau. Kesian abg iq. Hihihi.
"B..there is no need to panjangkan lagi isu ni. The point is now i want to continue my study right. So nawaitu nya is belajar. B jgn risau ok, hati ini milik ALLAH sepenuhnya. Kalau DIA takdirkan utk berubah, maka berubahlah segala isi di dalam nya. Tapi jgn lupa, senjata org mukmim itu, doa. Maka berdoalah dikau hubby ku syg semoga jiwa dan raga fai ni diciptakan utk abg sampai ke syurga. Paling penting syg xcomel kan? Hehehhe."
"yang tang comel tu B xrisau sgt. Hehehhee. Dah pegi masak sana. Panjang membebel ibu 1 team bola sepak ni. Biar B tolong isi borang2 ni semua."
"Seronoknya ada husband mcm B ni "
"Kalau mcm tu, nak upah. Kiss sikit."
"Malam nanti. Hehehehe"
"Nakal. Kecik2 dah pandai.Hahahhaa"
Lebih kurang macam tu la kehidupan kitaorng sebagai suami isteri. Bersenda tawa, bergurau senda. Yelah, nanti tak boring kan. Lagi2 nikah muda ni, nak hidup bersama lama lagi..insyALLAH. Jadinya kenalah letak rencah yg betul. Kalau salah rencahnya alamatnya berantakanlah. Ish..minta simpang. Selesai isi borang n kerja2 rumah semua, abg iq ajak aku pergi beli barang2 persiapan nak masuk kolej nanti. Dia yg excited, mcm la dia yg nak sambung studi. Tapi kan seronok juga tau, habis semua barang dia yg pilih. Aku? aku cari barang baby je la. Eah2..taklah bergurau je. Aku tengokkan abg iq jela. Rasa mcm semngat dia mengalir dalam darah aku. Tak sabar aku nak pergi sambung stud. tapi sedih juga sebab nak kena tinggalkan suami tersayang ni. Selesai membeli-belah, kami pulang ke rumah. Makan, mandi, solat dan tidur.Hehehehe. Esok paginya, abg iq buat suprise!! suprise nye, dia xdapat hantar aku pergi kolej. Ibu n abah la yg hantar.
"fai...dah dekat berpuluh kali abg iq kol tu. Mengelamun je keje kau ni."
"Kau angkatkan boleh nini?"
"Eah kau ni. Dahlah buat muka xbersalah dah mengelamun. Aku kau suruh angkat kol tu ?? tak mahu aku."
"Alah..aku malaslah nak cakap dgn abg iq..angkat heh..please.."
"Alaa..nanti dia tnya aku mcm2. Malas aku."
"Eah kau..Belum pernah pun angkat abg iq kol dah fikir bukan2."
"Lahh..dah kalau dia telefon kau, aku yg angkat. Tak dia tanya mcm2?"
"hehe..ye xye jg kan..dah biarlah..nanti aku silent phone tu."
Kenangan lama menggamit lagi. Bahagia yg aku kecapi tak lama. Pengajianku masih di tahun satu, aku dikejutkan dgn berita kurang enak tentang pernikahanku. Ahhh...baru setahun jagung, kenapa mesti ada masalah timbul? Biasalah asam garam kehidupan. Mesti ada pasang surutnya. Lagipun kami dah jauh. Hubungan jarak jauh ni betul2 menguji ketabahan kami. Ternyata sangkaanku tentang ujian biasa dalam berumah tangga meleset. Ketabahan aku benar2 di uji.
"Ibu..abah..kenapa ni?"
"Farina..duduk dulu..abg iq nak ckp ni."
"Apa yg xkena ni? kenapa ibu nangis2 ni? abg..ada apa ni ? janganlan buat fai takut."
Dalam kepala sarat dengan pelbagai soalan. Ibu dan abah xsihat ke? Tapi apa kene mengena dgn pernikahanku? wang ibu dan abah habis barangkali. Tapi kenapa harus sesayu ini suasana? ya ALLAH, tenangkan hati ku...
"Farina azrina bt azmi..."
Nama penuh ku di sebut. Abg iq yg sebut. Kali pertama nama penuh aku disebut oleh abg iq, waktu aku dimarahi kerana tak memakai tudung. Marah sungguh abg iq waktu itu. Kali kedua, saat aku di nikahkan dengan abg iq. Kali ketiga, hari ini..sejarah ape yg melanda hari ini ? sampai2 nama penuhku harus di sebut? sekali lagi nama penuhku di sebut oleh abg iq..
"Farina azrina bt azmi...abg iq harap awk cukup tabah nak dgr apa yg abg nak ckp ni .."
Masih mahu berteka-teki..abg iq nak nikah lagi satu ke ???
"Apa dia bang..cakaplah...tak payah nak berteka-teki mcm ni"
"Abg..Sabriq iqbal..membatalkan perkahwinan kita"
"Batal? apa ni ? jgn main2 la perkara mcm ni.. abg ceraikan farina azrina bt azmi ke? cakap la betul2!"
Air mata aku sudah mula mermbes keluar. Merentasi pipi dengan lajunya.
"Abg iq..apa ni ? cakap la..abg iq ceraikan fai ke?"
"ye.."
"Tapi kenapa abg ?? abg nak nikah lain? nikah la..jangan ceraikan farina bang.farina sanggup bermadu. abg tak nak fai sambung belajar. baiklah abg, farina berhenti. Farina rela bang berhenti belajar. daripada abg buat mcm ni. Apa ni bang..."
Aku sudah mula teresak-esak. Abg iq merangkul aku. Pelukan nya memberi semangat. Tapi kenapa aku di ceraikan?
"Abg iq...dulu abg iq berjanji mcm2, nak bahagiakn fai, nak jaga fai, nak sehidup semati dgn fai. Selama ni pun kita elok je kan bang. Abg jaga fai elok2, abg tatang fai. Tapi sekarang kenapa mcm ni jadinya?"
"assalamualaikum"
"Waalaikumussalam..masuklah"
Tiba2 ade sepasang suami isteri kelihatan sebaya dgn ibu dan abah datang. Ibu mempelawa mereka masuk. Aku pula xpedulikan mereka. Masih meraung2 dalam dakapan abg iq.
"Farina..sudahla tu. Dengar sini ibu nak cakap."
Daripada dakapan abg iq, aku beralih dalam dakapan ibu. Abah hanya mampu melihat dan mengusap-usap bahuku memberi semngat. Tiba2 pasangan suami isteri tadi memulakan bicara.
"Farina, nama makcik suraya. Ni suami makcik namanya sahlan. Kami ni mak dan ayah susuan kamu."
Ye..aku tahu aku mempunyai ibu dan ayah susuan. Kerana masa aku kecil dulu ibu dan abah org susah. Selalu hantar aku kepada jiran mereka, makcik su dan pakcik lan. Aku tahu cerita tu walaupun aku belum pernah berkesempatan jumpa mereka. Tapi, apa pula kena mengena mereka ni dengan drama yg ada di depan mata sekarang?
"Apa kne mnegena makcik dan pakcik dengan pernikahan saya?"
Dalam sendu aku gagahkan jua diri utk bertanya.
"Nak..sebenarnya..Sabriq iqbal tu anak kami...."
Pangg!! terasa seperti muka ku di tampar saat suara makcik suraya menerjah masuk ke telingaku. Semakin laju air mataku menuruni pipi. Masalah ni perlu ada penyelesaiannya. Dalam sendu aku gagahkan diri bertanya lagi.
"Apa makcik merepek ni? setahu saya ibu dan abah cakap makcik tak ada anak..kenapa pula abg iq boleh jadi anak makcik dan pakcik..tolonglah fahamkan saya..saya dah xsanggup lagi nak berteka-teki. Abg iq lelaki kedua terpenting dalam hidup saya selepas abah. Cakaplah makcik, pakcik semua ni xbetul. Abg iq tempat saya bergantung hidup, berkongsi suka dan duka. Tolonglah cakap semua ni cuma salah faham je..tolonglah...makcik, makcik sygkan suami makcik kan..makcik tak boleh hidup tanpa pakcik kan..saya pun mcm tu makcik..saya sygkan abg iq..saya tak boleh hidup tanpa abg iq..."
Makcik suraya juga sudah mula menitiskan airmata. tak sanggup melihat keadaan aku, sejak dari tadi merayu-rayu megharapkan semua nya kembali seperti sedia kala. Abg iq, ibu dan abah cuma daya menjadi pemerhati dengan juraian air mata. Simpati melihat aku. Tapi apakan daya mereka melawan takdir yang sudah tertulis. Aku pula seperti hilang harapan utk hidup, hati aku betul2 berkecai dgn kenyataan ini, xterdaya rasanye menanggung semua ini. Sungguh ak seperti lemas di tengah lautan tanpa harapan utk hidup. Aku betul2 tak berdaya lagi.
"Farina!!!"
Aku terdengar suara ibu sayup memanggil namaku. Seketika kemudian pandangan terus gelap. Aku tak tahu apa terjadi padaku selepas itu.


GORGEOUS FINGERTIP : andai itu kenyataan nya..biarlah airmata mengiringi segalanya.
*********************************************************





4 comments:

  1. woohoo cdeh lahh part 2 ko nieyh....
    cpt2 smbng part 3 weyh..
    mau nanges2..,
    keep it up dear...=)

    ReplyDelete
  2. hahahhahaa ,,
    maLu saya ..
    thnks 4 spprting :)

    ReplyDelete
  3. ape seyh ttbe lak dtg m.ck 2..
    bikin kacau betol lahhhh...
    owg tgh feelng2 nk fly ttbe feelng nk pnampau m.ck 2 lak...
    hahahahha...

    ReplyDelete